Saturday, July 16, 2011

pedoman buat insan bernama PEJUANG


Bismillah walhamdulillah

segala puji tertentu bagi Allah Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas kaum keluarga Baginda, para sahabat Baginda sekaliannya.

pertama sekali setinggi kesyukuran atas nikmat Islam dan nikmat hidup yang Allah berikan kepada aku walau hakikat nya aku acap kali melakukan kemungkaran, kesilapan dan sebagainya, tapi tanda kasih Allah, Allah beri aku peluang untuk hidup dalam agama-Nya tak lain tak bukan untuk aku perbaiki diri menjadi hamba-Nya yang solehah.

kedua, setinggi kesyukuran juga aku panjatkan kpada Allah atas nikmat mase lapang yang di berikan kepada aku walaupun seketika tapi bermanfaat kepada aku. dengan mase ini juga la aku dapat mengingat kembali ilmu-ilmu yang pernah aku perolehi ketika belajar di Baiul Qura' dan dgn masa ini juga la aku dapt menaip ilmu-ilmu ini untuk aku kongsikan kepada mana-mana insan yang berstatuskan 'PEJUANG'.

hampir 20 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke Baitul Qura'. terasa kerinduan kepada sang Murabbi al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail sekeluarga. rindu suasana yang ada di Baitul Qura'. rindu ilmu yang ada di Baitul Qura'. agak-agaknya bila aku dapat turun lagi berjumpa Ustaz sekeluarga dan menjamah juadah-juadah rohani yang menyentap jiwa-jiwa yang lalai ini. adakah aku berpeluang untuk turun ke Baitul Qura 17hb Julai ni???? Allah sampaikan la aku ke Baitul Qura' ya Allah.....

melihat kembali catatan-catatan sepanjang pengajian di Baitul Qura'. membuka kembali kitab yang paling menjadi penawar kepada aku selaku insan yang diberikan amanah sebagai pejuang. kitab " الموعظة الحسنة للمرابطين في أمر الدعوة الى الله ". "Pedoman berfaedah bagi penyeru-penyeru ke jalan Allah s.w.t"

Di dalam kitab ini menceritakan asas kepada pembinaan ubudiah. Asas-asas pembinaan ubudiah ada tiga.
1) Iman yang benar lagi tulus
2) Pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan Al-Quran
3) Beramal dengan pedoman yang terang dan betul

Untuk mencapai tahap iman yang benar lagi tulus mesti la melalui beberapa peringkat. peringkat PERTAMA mencintai pencipta iaitu Allah s.w.t. Untuk membina rasa cinta kepada Allah s.w.t, kita perlu kepada:-
1) Mengenal sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya.
2) Mengiktiraf segala kurniaan-kurniaan-Nya dan segala kemurahan-Nya kepada kita.
3) Mnjauhi segala yang dibenci-Nya seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis
4) Berlumba-lumba membuat amalan yang disukai-Nya dan diredhai-Nya.

Peringkat KEDUA ialah membina hubungan dengan kekasih-Nya iaitu dengan mencintai Rasulullah s.a.w. Antara kaedah untuk mencintai Rasulullah s.a.w ialah:-
1) Mengenali Baginda dan mengetahui Sirah Nabi, sifat-sifat Nabi dan keistimewaan- keistimewaan Nabi.
2) Mengikuti sunnah Nabi
3) Mencintai keluarga Nabi dan anak keturunan Baginda
4) Memuliakan sahabat-sahabat Baginda
5) Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda

Pada peringkat KETIGA. Setiap pejuang perlu mencintai Agama Allah iaitu agama Islam. Untuk mencapat tahap ketiga ini, kita perlu untuk :-
1) Mengenali Islam
2) Mengetahui keistimewaan-keistimewaan dan sistem-sistem Islam
3) Mengagungkan perundangannya (Islam)
4) Membenci penghinaan terhadapnya dan orang yang menghinanya
5) Berjuang untuk memenangkan Islam di atas segala lawan.

Apabila ketiga-tiga peringat ini sempurna, maka terhasil la keimanan yang mantap dan keimanan yang benar dan tulus. agak-agak nya aku sampai tak tahap ini??? ~muhasabah diri ~

Seterusnya, asas pembinaan ubudiah yang kedua ialah pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-Quran. Untuk mencapai asas pembinaan ubudiah yang kedua ini tak lain tak bukan dengan memperdalamkan pengetahuan di bidang Agama. Antara cara yang terbaik untuk mendalami pengetahuan di bidang agama perlu la mempelajari semua ilmu-ilmu yang asasi dan penting secara langsung dari para syeikh yang rabbani dan para ulama yang beramal. Selain itu memperbanyakkan pembacaan dan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran. Memelihara waktu dengan cara memenuhi waktu dengan pelbagai ibadah dan ketaatan juga merupakan antara salah satu kaedah yang terbaik dalam memperdalami pengetahuai di bidang agama.

Persoalan aku apa tu ilmu-ilmu asasi??? ilmu-ilmu asasi seperti ilmu al-Quran dan hadis, ilmu aqidah, feqah dan tasawuf, ilmu usul fiqh, ilmu bahasa Arab, ilmu sirah, ilmu dakwah, ilmu mengenai aliran-aliran terdahulu dan semasa. ilmu-ilmu di ats ini wajib dipelajari dan diketahui lebih-lebih lagi oleh para petugas dakwah di jalan Allah s.w.t.

Asas kepada pembinaan ubudiah yang terakhir ialah beramal dengan pedoman yang terang lagi betul. Maksud nya di sini, kita perlu mengikuti ulama yang bertaqwa. Dan seperti mana yang kita ketahui, setiap ulama ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing atau dengan kata lain setiap ilmu itu ada tokoh-tokoh ulama yang pakar sama ada di kalangan imam-imam Mujtahid atau di kalangan Para Muhaqqiq. Maka kebenaran pendapat-pendapat dalam mana-mana masalah ilmu dan keagamaan perlula ditimbangkan dengan pendapat-pendapat dari tokoh-tokoh setiap ilmu sahaja kerana tidak semua tokoh yang pakar dalam pelbagai ilmu.

Dalam konteks ulama-ulama zaman ini yang kelihatan menyokong golongan ahli-ahli politik sekular di negeri kita, kalau la bukan kerana kejahilan mereka tentang kesesatan aliran-aliran falsafah dan fahaman-fahaman moden yang muncul di zaman ini sudah pasti mereka tidak akan bersekongkol dengan ahli-ahli politik sekular tersebut dan tidak akan membantu ahli-ahli politik itu yang membawa kerugian dan kemusnahan kepada kedaulatan dan kesucian agama. Maka paksi sebenar ikutan umat terhadap ulama ialah KEILMUAN, KEJUJURAN dan AMANAH mereka. Bukannya gelaran mahupun sebutan orang tentang dirinya.

Setelah ketiga-tiga asas ubudiah ni lengkap dalam diri kita...maka lahir la pendakwah yang betul-betul melaksanakan tugasnya sebagai penyeru manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dengan sempurna. Walau bagaimanapun, dalam kita memperbaiki diri kita supaya sempurna ketiga-tiga asas ubudiah ini, aspek dakwah jangan sesekali di tinggalkan sebaliknya biar lah ia (berdakwah + perbaiki diri) bergerak seiring. Aku amik satu daripada ayat al-Quran surah ali-I'mran ayat 142


3.142 Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Jihad yang di maksudkan dalam ayat ini ialah berperang untuk menegakkan agama Islam dan melindungi orang Islam, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam dan membanteras yang batil dan menegakkan yang haq. Jadi jelas pada kita, dalam kita membanteras kebatilan dan menegakkan kebenaran, ia memerlukan dakwah. dalam kita memerangi hawa nafsu ia memerlukan tazkiyatun nafsi. Jadi jihad juga merangkumi konsep dakwah dan tazkiyatun nafsi.

Ayat al-Quran yang seterusnya bukti dakwah dan tazkiyatun nafsi itu perlu seiring dalam diri setiap hamba terutama insan-insan yang terpilih menjadi tentera-tentera Allah s.w.t. Di dalam surah as-Soff ayat 2-3

(2) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(3)كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُون
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Maka, jelas la di sini, dakwah dan tazkiyatun nafsi perlu seiring. Contoh yang boleh aku bawak untuk menerangkan maksud ayat di atas ialah, kita melarang orang membuang sampah, tapi kita buang sampah juga lebih kurang macam tu la. Jadi, hakikatnya dalam kita berdakwah sebenarnya kita berdakwah kepada diri kita juga. Maka jangan la di sebabkan kita rase kita tidak sempurna asas-asas kepada pembinaan ubudiah tadi, kite lemah dan terus meninggalkan dakwah. Sesungguhnya orang yang meningalkan urusan dakwah atau jihad ni merupakan orang yang sangat rugi.~ nau'zubillah ~

sebelum mengakhiri kalam, suka untuk aku coretkan beberapa kata-kata nasihat yang terdapat dalam kitab ni...
" dan atas setiap orang yang mengikat dirinya denngan urusan menyeru manusia kepada Allah,maka hendaklah dia bersifat dengan KEJUJURAN dan IKHLAS dalam dakwahnya, lantas dia tidak mendambakan atau berpuas hati atau berasa lega selain dengan apa yang telah dicapai oleh agama. Hendaklah dia bersifat dengan LEMAH LEMBUT dan LUNAK terhadap mad'u terutama mareka-mereka yang menentang dakwahnya disebabkan kejahilan dan buruk sangka. Hendaklah dia bersifat dengan KESABARAN yang tinggi dan TIDAK GOPOH dalam setiap tindakannya agar tidak dapat merosakkan kemajuan dakwah yang dicapai dalam tempoh yang panjang disebabkan kemarahan yang meletus dalam seketika. Dan hendaklah dia bersifat dengan BIJAKSANA
pada apa yang perlu di dahulukan dan dikemudiankan dari satu-satu tindakannya, yang demikian ialah kerana orang yang cerdik bukanlah orang yang hanya dapat mengecam kebaikan dari keburukan, tetapi ialah orang yang dapat mengecam mana yang terbaik dari dua kebaikan dan sebaliknya.

moga segala yang tercatat di coretan kali ini, dapat aku amalkan dan seterusnya menjadi pedoman untuk aku dan mereka-mereka yang membacanya.
~ Ya Allah jadikan aku hamba-Mu yang solehah ~
p/s:
segala yang tercatat hanya la pandangan peribadi bersumberkan kitab الموعظة الحسنة للمرابطين في أمر الدعوة الى الله karangan al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail-Baitul Qura'-


pedoman buat insan bernama PEJUANG- pedoman buat insan bernama PEJUANG

Wednesday, July 13, 2011

S.A.B.A.R


Bismillah walhamdulillah

Pertama sekali aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas nikmat masa lapang yang diberikan untuk aku mencoret pengalaman, kenangan, asam manis kehidupan sebagai seorang insan bernama hamba.

Kedua, aku bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang diberikan kepada aku kerana aku yakin nikmat dan ujian ini la sedikit sebanyak mendidik aku menjadi hamba yang lebih kuat dari sebelum ni.

Alhamdulillah sepanjang minggu ni banyak nikmat dan ujian yang diberikan kepada aku. Diberi amanah sebagai AJKD sekretariat pesta konvo UKM, disampang s/u Tarbiyah ISIUKM dan diberi amanah untuk menjadi timbalan pengarah program sebuah sekolah menyebabkan diri terasa terbeban dengan pelbagai amanah yang di uruskan. Alhamdulillah short sem. selesai meningkatkan lagi zon keselesaan kepada aku untuk aku buat gerak kerja kampus.

Walau bagaimanapun di saat aku kesibukan, di saat itu diberi pelbagai tawaran atau senang citer pelbagai program yang menarik berlaku di saat aku kesibukan menguruskan amanah2 yang diberikan. IT, BERSIH dan lain-lain. Niat untuk turun ke IT. Kegembiraan dan semangat terserlah di wajah2 aku dan sahabat2 lain. Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. IT untuk kali ini kami tidak dapat pergi disebabkan faktor2 tertentu. di saat itu hanya Allah sahaja yang tahu jauh di sudut hati teramat la sedih. Tapi aku cuba pujuk hati, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Kesedihan berlalu pergi di samping gerak kerja semakin aktif. Alhamdulillah sedikit sebanyak tidak membuatkan aku mengungkit peristiwa IT disebabkan kesibukan yang melampau. Walau bagaimanapun di saat hampir tiba 9 Julai, di saat itu segala persiapan telah aku buat. Niat untuk turun ke BERSIH menyebabkan aku semangat membeli baju BERSIH dan membawa keperluan untuk ke sana. Tapi….Allahuakbar…kekecewaan bertandang lagi untuk ke sekian kali nya disebabkan program yang di uruskan bawah aku selaku timbalan pengarah terpaksa di awalkan pada tarikh kejadian BERSIH. Di saat itu aku merintih kesedihan hanya Allah yang mengetahui jauh di sudut hati aku. Di saat itu pelbagai perasaan hadir, marah, bengang, sakit hati dan lain-lain menyebabkan emosi aku tidak stabil.

Saat emosi yang tidak stabil, aku cuba redha dengan apa yang berlaku, aku meneruskan kerja program. Aku tahu ni amanah aku, nak tak nak, kecewa macam mana pun aku kena buat juga. Alhamdulillah kertas kerja sudah siap cuma agak terkilan apabila asal AJK pelaksana program yang boleh turun tarikh asal program tidak boleh turun disebabkan perubahan tarikh, dari 14 orang AJK yang boleh turun, hanya 5 orang sahaja yang boleh turun. Nak tak nak aku terpaksa la cari AJK baru. Memobilasi alumni2 yang masih fresh dengan suasana dan kehendak peserta program. Di saat itu juga aku terfikir, ada ke penceramah2 yang boleh turun tambah pula bertembung dengan BERSIH?? Di saat ini hanya Allah sahaja yang tahu kekusutan di fikiran aku. Pendekkan cerita, setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, Allah permudahkan urusan aku. Alhamdulillah aku dapat juga cari AJK, penceramah dan menyiapkan segala job skop dan dokumentasi yang diperlukan sepanjang program. Cuma di saat ini, aku risau ialah soal dana untuk program. Time tu duit dekat tangan 200. Bajet program 1500. Di saat ni kerisauan melanda lagi hati dan fikiran….Allahuakbar…

Lepas magrib…tut….

“Dukacita di maklumkan, program sekian2 tidak dapat di jalankan dalam minggu ni disebabkan faktor2x tertentu…”

Perghhh….time tu bertapa sakit nya hati hanya Allah je la yang tahu. Kekecewaan bertandang lagi di lubuk hati. Allah….macam2 perasaan hadir, sedih nak marah, bengang dan lain-lain. Tabiat aku seperti biasa, cuba pujuk hati, “nad….sabar nad. Ada hikmah ni. Tak apa Allah nak bagi hang join BERSIH kut…sabar ye nad….”

Dalam kesedihan tu, ada juga perasaan syukur. Pasti Allah tahu kehendak hati aku untuk turun BERSIH. Walau hakikat nya aku terlalu penat sangat memikirkan bentuk perjalanan program..senang citer dari awal pengurusan program sampai la saat2 terakhir pengurusan program aku buat dengan bantuan dan kekuatan yang Allah beri. sebab itu terpalit kekecewaan sedikit di sebabkan kepenatan menguruskan program keseorangan tanpa bantuan sahabat2 dan pengharapan agar program ini dapat di teruskan memandangkan akhir-akhir bulan 7 terlalu banyak program dan aku takut berlaku pertembungan yang menyebabkan aku tidak dapat hadir program tersebut.

Aku meneruskan gerak kerja aku dengan memberi pesanan ringkas kepada AJK dan penceramah untuk memaklumkan mengenai program yang di batalkan dalam minggu ni. Dan aku meneruskan gerak kerja aku dalam pesta konvo setelah berhenti seketika.

Lepas asar….t’jaga dari tdur sebentar…bersiap2 untuk b’buka puasa…sempat juga tangan mencapai HP. Melihat di skrin fon no. senior2…..< inbox…..open….>

“’TERGEMPAR’….program berjalan seperti biasa dalam minggu ni di sebabkan faktor2 tertentu…nad mcm mn program boleh di teruskan????”

Allahuakbar…..Allahuakbar…..

Menitis air mata aku. Di saat ini aku terlalu kecewa teramat sangat. Aku tension…aku rasa tidak bermaya….aku rase lemah…tak kuat untuk tempuhi semua ini. Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku…

kenapa ya Allah?

Kenapa aku?

Kenapa di saat aku redha dengan sesuatu, Kau hadirkan kekecewaan kepada aku?

Kenpa di saat aku ikhlas dengan apa yang terjadi, Kau hadirkan kekecewaan kepada aku?

Kenapa aku? Aku tak kuat ya Allah…………

Aku terus menangis….menangis dan terus menangis…

Aku pergi ke tandas, ambil air wuduk untuk solat………..dan aku mengadu kepada Allah di saat aku sujud kepada-Nya…………….

“Ya Allah, andai ini la ujian yang Kau berikan kepada aku, dan ujian ini yang menjadikan aku orang yang kuat dan sabar, aku terima ya Allah…tapi aku bermohon…Kau permudahkan la urusan aku…Sesungguhnya Kau dan aku tahu ya Allah, ni bukan program biasa2…tapi ini la program untuk melahirkan penolong2-Mu ya Allah….maka aku bermohon, permudahkan la urusan aku dan beri la aku kekuatan untuk menguruskannya….sesungguhnya aku tidak kuat melainkan kekuatan yang Kau berikan kepada aku….”

Aku terus bersiap untuk berbuka puasa….nampak di raut wajah aku keletihan dan kesedihan…aku cuba merahsiakan dari pengetahuan sahabat2. Dan aku membiarkan persoalan msg tadi begitu sahaja tanpa mengatakan “ok program di teruskan” atau “ ana tak nak program di teruskan”. Dan di saat tu pelbagai panggilan masuk…mungkin mereka tahu aku sedang bersedih dan sebagainya. Aku cuba untuk pujuk hati aku, memandangkan andai di peringkat pimpinan kata program di teruskan, maka nak tak nak aku kena cari balik AJK dan penceramah untuk program yang akan berlangsung keesokannya 8hb Julai. Kerisauan yang teramat sangat di samping kesedihan yang teramat sangat….berlegar2 di fikiran aku persoalan2 tadi…kenapa aku??? Kenapa setiap kali aku redha setiap tu hadir kekecewaan??? Terus bermain…bermain…dan bermain….

Maha pengasih Allah….Allah ubati aku dalam solat Isyak’…..Allah beri motivasi kepada aku di dalam solat isyak’….yang mana pada rakaat pertama imam membacakan surah al-Baqarah ayat 153:-

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Maha pengasih Allah, di saat aku sedih, Ia memberi kekuatan……..i love Allah

After solat isyak’, satu perjumpaan telah di aturkan…di saat menunggu kehadiran sahabat2 lain…

Lalu dapat panggilan dari pimpinan……..

“k.nad…..mcm mana ye? Di peringkat kami sudah bincang. Kami nak buat dalam minggu ni jugak. Kalau tanguh bulan 8 takut lambat sangat dan mengganggu program akan datang…..”

“baik…..akak cuba……”

“akk ok tak ni….akk mcm lemah jew….”

“ok2….akk ok jew….jgn risau…”

Jauh di sudut hati aku, aku tak nak program berjalan dalam minggu ni. Aku tak nak program ni program tangkap muat je. Tapi di sebabkan arahan pimpinan dan aku faham situasi adik2…maka aku cuba walau hakikatnya untuk cari penceramah dan AJK tu amat la sukar. Tapi keyakinan aku, aku pasti Allah akan tolong aku. Malam itu, aku korbankan masa tidur aku untuk atur balik dokumentasi program dan sebagainya. Alhamdulillah malam tu juga aku dapat siapkan dokumentasi yang baru dan mencari AJK pelaksana. Tapi sayang saat tu, baru ada 2 orang penceramah yang sanggup beri ceramah di saat ketika itu masing2 sudah sibuk untuk persediaan ke BERSIH.

Dan alhamdulillah berkat dorongan motivasi dari sang pencipta dan dorongan dari sahabat2, alhamdulillah akhirnya program dapat di laksanakan juga walau hakikat nya banyak kekurangan nya. Dan yang pasti nya aku sedih dengan kekurangan itu. Tapi berbalik kepada fitrah manusia yang sekadar mampu merancang dan keberkesanan nya aku serah kepada Allah s.w.t Tuhan yang Maha kuasa. Moga ujian yang aku terima ini sedikit sebanyak memberi aku kekuatan dan meningkatkan kesabaran aku dalam meneruskan gerak kerja Islam.

Point terbesar yang aku ingin highlight kan di sini ialah sifat SABAR. Dalam sebuah buku yang bertajuk wasiat Rasulullah kepada kaum hawa iaitu ‘Sabar menghadapi cubaan’. Persoalan aku, kenapa wasiat ini ditujukan kepada kaum hawa semata2?? Adakah kaum adam semua nya sabar??? Di dalam hadis Nabi s.a.w ada menyebutkan :-

"Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
1. Kerana kebanyakan perempuan itu TIDAK SABAR dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan
2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
3. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah.
4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama

Dalam satu hadis ada mengatakan:

“Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w menjenguk ku tatkala aku sedang sakit, lalu beliau berkata: ‘Gembiralah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakit orang muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya, sebagaimana api menghilangkan kotoran emas dan perak. “

Kita semua sudah pasti pernah menerima pelbagai cabaran di dalam kehidupan. Baik cabaran itu menimpa kita atau orang lain. Justeru di situ la bukti keimanan kita. Semakin tinggi iman kita kepada Allah maka makin tinggi ujian, dugaan dan cabaran yang Allah beri pada kita. Dan sekiranya iman kita sikit, maka banyak iman kita la Allah uji kita. Dan setiap ujian Allah bukan la sia-sia semata-mata, tapi dugaan itu untuk Allah uji tahap kesabaran kita. Adakah kita akan marah, atau sabar dan redha dengan dugaan itu.

Seperti mana yang kita ketahui, Al-Quran merupakan pakar motivasi yang cukup berkesan kepada manusia. Di dalam al-Quran banyak menceritakan ayat-ayat mengenai sabar antaranya :-

Surah Asy-Syura : 32-33

“dan, di antara tanda-tanda kekuasaan-nya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur.”

Surah Al-Baqarah:177

“dan, orang-rang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imanya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”

Surah Ali-Imran:146

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar..”

Surah An-Nahl: 96

“dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada yang telah mereka kerjakan”

Surah Az-Zumar: 10

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan.”

Dari Suhaib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata:

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Apabila mendapat kelapangan, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa kesempitan, maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya.”

Dari Sa’id bin Abi Waqqash r.a dia berkata:

‘aku pernah bertanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang paling keras cubaannya? Beliau menjawab: ‘Para Nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya kuat, maka cubaannya juga berat. Dan apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cubaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkan berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya.”

Pelbagai hadis yang menunjukkan bertapa pentingnya sifat sabar dalam diri setiap individu. Perbaharuilah iman kita dengan lafaz ‘la ilaha illallah’ dan carilah pahala di sisi Allah kerana cubaan yang menimpa kita. Janganlah sesekali kita berkata “andaikan hal ini tidak terjadi”, tatkala menghadapi takdir Allah s.w.t. sesungguhnya tidak ada taufik kecuali dari sisi Allah.

Akhir bicara sebelum off9

Abu Darda’ r.a berkata :

“Apabila Allah telah menetapkan sesuatu takdir, maka yang paling dicintai-Nya adalah meredhai takdir-Nya.”

~ Allah moga aku tergolong dalam mereka-mereka yang SABAR ~

S.A.B.A.R- S.A.B.A.R

Wednesday, June 22, 2011

Gunakan la saluran yang betul.....


bismillah walhamdulillah,

Ya Allah bantu la aku.....
sesungguhnya aku tak mengharapkan cinta manusia seandainya diri aku belum cukup utk mencintai-Mu ya Allah. andai ini ujian utk aku, aku bermohon ya Allah agar Kau memelihara hati dia supaya tidak terus di hancurkan oleh zina hati....

aku tau dia insan yang cukup baik ya Allah. tapi siapa la aku untuk menerima dia sedangkan aku tak sebaik dia dan aku masih tidak puas bercinta dengan-Mu ya Allah. kenapa ya Allah di saat aku malas nk berfikirkan soal hati, di saat tu Kau hadir kan ujian ini kepada aku. aku tak mampu ya Allah untuk terima semua ini di saat diri aku terikat dengan gerak kerja yang terlalu terbeban untuk aku. aku sekarang mula jatuh cinta dengan gerak kerja Kau ya Allah. walaupun aku tau aku akan beroleh keletihan dari gerak kerja itu tanpa ada ganjaran wang ringgit sedikit pun. tapi kenape di saat aku kesebukan di saat itu aku di uji ujian sebegini.

sejujur nya aku berharap ya Allah. seandainya dia betul-betul ingin menjadikan aku suri nya. sebaik nya gunakan la saluran yang betul. guna la orang tengah yang boleh aku percayai. jangan bertinda sendiri supaya keberkatan itu ada ya Allah. aku mengimpikan rumah tangga yg soleh solehah ya Allah. tapi andai asas kepada rumah tangga tu hilang keberkatannya, macam mana untuk aku bina dindingnya, bumbungnya malah menaranya sekalipun sekiranya asasnya tadi tidak kukuh.

tapi ya Allah.........................
jauh di sudut hati aku, aku belum bersedia ya Allah untuk menjadi suri kepada insan yang bernama lelaki. walau hakikatnya aku suka kepada anak-anak kecil, aku berkeinginan untuk bina rumah tangga tambah pulak dengan perancangan keluarga yg akan melaksanakan perkahwinan aku dalam beberapa tahun lagi, tapi sejujunya aku masih sayangkan perjuangan ini ya Allah. aku tak puas lagi berada dalam perjuangan ini ya Allah. walaupun umi abi da tetapkan ciri-ciri bakal suami aku iaitu salah satu nya seorang yang berintima dgn perjuangan Islam, dan di situ aku masih lagi boleh meneruskan perjuangan aku, tapi tugas seorang hamba Kau yang berada dalam perjuangan dengan tugas seorang hamba Kau yang berstatuskan isteri dan terlibat dalam perjuangan amat la jauh berbeza ya Allah. aku khuatir aku tidak mampu lagi ya Allah...

Ya Allah, aku berdoa kepada-Mu ya Allah.....andai ape yang berlaku kepada dia hanya la disebabkan permainan syaitan atau nafsu, maka kau bimbing la dia semula ke arah yg benar ya Allah. fikiran aku malas untuk berfikirkan hal yg melibatkan hati ini ya Allah tapi jauh di sudut hatiku aku takut. takut sekirannya aku membiarkan sahaja ia semakin melarat. aku tak tahu nk mntk bantuan sape ya Allah. maka aku bermohon kepada-Mu,jaga la hati dia supaya tidak terus-terusan mengikuti kehendak nafsu. sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, aku bermohon supaya Kau gerakan la hati dia untuk membawa orang tengah dalam hal ini ya Allah. aku mengharap ya Allah...sesungguhnya aku takut bile berada dalam situasi ini. aku bermohon kepada-Mu agar kuatkan aku dan istiqamahkan aku dalam perjuangan yang sedang aku tempuhi ini ya Allah. sesungguhnya amanah aku melebihi masa aku ya Allah.....

~siapa aku tanpa Kau ya Allah~

Gunakan la saluran yang betul.....- Gunakan la saluran yang betul.....

Tuesday, June 21, 2011

3......2......1......aaaaashim (berhabuk)

Alhamdulillah.....aduh sakit nyer hidung. bnyak sungguh habuk nie...bru siap susun atur brng...belum lg sapu n mop. so hrp kwn2x dpt tngu sebentr ya...kasi den kemaskn skit blog nie.... ^_^
3......2......1......aaaaashim (berhabuk)- 3......2......1......aaaaashim (berhabuk)

Tuesday, December 14, 2010

kenangan silam-sedeh tp lawak...hehe ^_^


alhamdulillah dpt jgk post smthing tuk sekian kali nyer... [cewwah ayt x ley bla...]
sbnrnye xde pape pn ilmu yg nk di kongsikn...tp ble bkk fb...t'nmpk fb kwn2 lame...t'ingt semu kanangn yg mnis...pahit...suke..duke..huhuhu...

aku t'ingt pristiwa yg plng ak malu...sedey tp lawak =')
time tu ak tingktn 2..kt sekolh asrama kt sg. merab....ak ingt lg ak mmg rpt dgn sorg kwn ak nie...x slp ak dy bdk bru time tu...nme dy nur farah izyan..ak pi mn2 dgn dy...hehe =)

satu hari...time rht..ak dgn farah otw nk ke koop (koperasi)...kteorg x lalu kwsn jln kaki...kteorg terus rempuh tngh2 blok sekolh antre bgunan klas ak dgn bgunan koop..kt tngh2 tu ade rumput...n pasir skit2x...bajet nk cpt lar..ak dgn farah pn main lints jew lar tngh2 tu...sekali.....

farah: eh nad! ak cm ade bau smthng lar????
aku: bau pe???
farah: cm bau taik kucing...????
aku: ke ak yg pijak...kt ksut ak nie cm ade smthng...tp ak rse ak cm pijak gule2 getah jew...
farah: nth2 ko pijak
aku: tak lar...mn ade kucing berak ats rmput...nie msti gula2 getah nie....nnt da smpai koop...ak kesat lar kt pintu koop tu...x selese ak nk jln...(dgn beria2 ak prthnkn)

sampai koop...ak pn pe lg dok kestkn kasut yg bajet kne gula2 getah tu kt dpn pintu...pstu ble da t'tangl ak msuk terus dlm koop (bhagian dlm koop) tnpa tngok tmpt ak kesat td sme ade gule2 getah or taik kucng...kebetulan mkcik koop tu jaga koop smbil bwk ank kecik dy...laki. time tu ank dy agk selekeh skit lar cm x mndi lg....sekali

dalam koop...

aku: pe bau busuk nie???
farah: tau xpe...
aku: (monolog) mk cik nie ank dy berak...x cebok ke?? kn da busuk...

satu koop kecoh bau busuk...
sekali ak nmpk mk cik tu amk pewangi n then sembur kt kaki ak...
bru ak t'ingt ckp kwn ak...
'nth2 ko yg pijak taik'.....
ak pn kuar dr koop tu kesat kasut ak kt btu dpn koop....
huhuhu malu gler...time tu sedeh gak sbb kne blik bilik bsuh kasut n kain...
masalah nyer ak geli nk bsuh...
nk x nk ak basuh jgk...tp ak guna ksut n kain lain...huhuhu

dr blik ak terus masuk kelas...
seb baik time tu ckg x msuk lg...
tekak ni da t'rase haus gler...mn x nyer, pg koop tp x smpt beli pape...
malu pnya psl terus blik bilik... hehehe ^_^

kt kelas...

aku: mior tolng belikn air blh???
mior (kwn laki yg plng ak ngam lar jgk): blh...ak pn nk pi koop nie...

dlm beberapa minit...

mior: nh duit ko...koop tutup
aku & fara: npe koop tutup...blm lg balik...awl nyer tutup??? (dgn nada kepelikn)
mior: nth...mk cik tu ckp dy nk bsuh koop...td ade budk pijak taik bwk masuk koop...
aku & fara: owh...ptot lar....(sambil t'sentak & ketawa besar)
mior: npe korng gelak??? korng ek??
aku & fara: eh...mn ade...................(^_^)

hahahaha...tu lar kesh silam ak....sedeh tp lawak...malu pn ade...
seb baik mk cik tu x ckp nme budk tu...klw x msti kntoi 1 sekolah...hahaha
sejak tu ak segn nk pg koop...klw pg pn time org laen jg...bkn mk cik tu...
hehehe ^_^ lawak2x...

moral nyer kt sini...b'sedia mndengar pndpt org laen...huhuhu
tu lar ak x dngr ckp kwn ak...sekali...amk ko!! kne btng hidong...huhuhu
kenangn tu tetp segr wlupn ak x sekolh kt situ da...dn kwn ak si farah tu pn ak da x jmpe da...
pepn..ak ade kenangn dgn dia (fara)...mior n org pling penting...MAK CIK KOOP...
hehehe ^_^'




kenangan silam-sedeh tp lawak...hehe ^_^- kenangan silam-sedeh tp lawak...hehe ^_^