
Bismillah walhamdulillah
segala puji tertentu bagi Allah Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas kaum keluarga Baginda, para sahabat Baginda sekaliannya.
pertama sekali setinggi kesyukuran atas nikmat Islam dan nikmat hidup yang Allah berikan kepada aku walau hakikat nya aku acap kali melakukan kemungkaran, kesilapan dan sebagainya, tapi tanda kasih Allah, Allah beri aku peluang untuk hidup dalam agama-Nya tak lain tak bukan untuk aku perbaiki diri menjadi hamba-Nya yang solehah.
kedua, setinggi kesyukuran juga aku panjatkan kpada Allah atas nikmat mase lapang yang di berikan kepada aku walaupun seketika tapi bermanfaat kepada aku. dengan mase ini juga la aku dapat mengingat kembali ilmu-ilmu yang pernah aku perolehi ketika belajar di Baiul Qura' dan dgn masa ini juga la aku dapt menaip ilmu-ilmu ini untuk aku kongsikan kepada mana-mana insan yang berstatuskan 'PEJUANG'.
hampir 20 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke Baitul Qura'. terasa kerinduan kepada sang Murabbi al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail sekeluarga. rindu suasana yang ada di Baitul Qura'. rindu ilmu yang ada di Baitul Qura'. agak-agaknya bila aku dapat turun lagi berjumpa Ustaz sekeluarga dan menjamah juadah-juadah rohani yang menyentap jiwa-jiwa yang lalai ini. adakah aku berpeluang untuk turun ke Baitul Qura 17hb Julai ni???? Allah sampaikan la aku ke Baitul Qura' ya Allah.....
melihat kembali catatan-catatan sepanjang pengajian di Baitul Qura'. membuka kembali kitab yang paling menjadi penawar kepada aku selaku insan yang diberikan amanah sebagai pejuang. kitab " الموعظة الحسنة للمرابطين في أمر الدعوة الى الله ". "Pedoman berfaedah bagi penyeru-penyeru ke jalan Allah s.w.t"
Di dalam kitab ini menceritakan asas kepada pembinaan ubudiah. Asas-asas pembinaan ubudiah ada tiga.
1) Iman yang benar lagi tulus
2) Pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan Al-Quran
3) Beramal dengan pedoman yang terang dan betul
Untuk mencapai tahap iman yang benar lagi tulus mesti la melalui beberapa peringkat. peringkat PERTAMA mencintai pencipta iaitu Allah s.w.t. Untuk membina rasa cinta kepada Allah s.w.t, kita perlu kepada:-
1) Mengenal sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya.
2) Mengiktiraf segala kurniaan-kurniaan-Nya dan segala kemurahan-Nya kepada kita.
3) Mnjauhi segala yang dibenci-Nya seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis
4) Berlumba-lumba membuat amalan yang disukai-Nya dan diredhai-Nya.
Peringkat KEDUA ialah membina hubungan dengan kekasih-Nya iaitu dengan mencintai Rasulullah s.a.w. Antara kaedah untuk mencintai Rasulullah s.a.w ialah:-
1) Mengenali Baginda dan mengetahui Sirah Nabi, sifat-sifat Nabi dan keistimewaan- keistimewaan Nabi.
2) Mengikuti sunnah Nabi
3) Mencintai keluarga Nabi dan anak keturunan Baginda
4) Memuliakan sahabat-sahabat Baginda
5) Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda
Pada peringkat KETIGA. Setiap pejuang perlu mencintai Agama Allah iaitu agama Islam. Untuk mencapat tahap ketiga ini, kita perlu untuk :-
1) Mengenali Islam
2) Mengetahui keistimewaan-keistimewaan dan sistem-sistem Islam
3) Mengagungkan perundangannya (Islam)
4) Membenci penghinaan terhadapnya dan orang yang menghinanya
5) Berjuang untuk memenangkan Islam di atas segala lawan.
Apabila ketiga-tiga peringat ini sempurna, maka terhasil la keimanan yang mantap dan keimanan yang benar dan tulus. agak-agak nya aku sampai tak tahap ini??? ~muhasabah diri ~
Seterusnya, asas pembinaan ubudiah yang kedua ialah pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-Quran. Untuk mencapai asas pembinaan ubudiah yang kedua ini tak lain tak bukan dengan memperdalamkan pengetahuan di bidang Agama. Antara cara yang terbaik untuk mendalami pengetahuan di bidang agama perlu la mempelajari semua ilmu-ilmu yang asasi dan penting secara langsung dari para syeikh yang rabbani dan para ulama yang beramal. Selain itu memperbanyakkan pembacaan dan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran. Memelihara waktu dengan cara memenuhi waktu dengan pelbagai ibadah dan ketaatan juga merupakan antara salah satu kaedah yang terbaik dalam memperdalami pengetahuai di bidang agama.
Persoalan aku apa tu ilmu-ilmu asasi??? ilmu-ilmu asasi seperti ilmu al-Quran dan hadis, ilmu aqidah, feqah dan tasawuf, ilmu usul fiqh, ilmu bahasa Arab, ilmu sirah, ilmu dakwah, ilmu mengenai aliran-aliran terdahulu dan semasa. ilmu-ilmu di ats ini wajib dipelajari dan diketahui lebih-lebih lagi oleh para petugas dakwah di jalan Allah s.w.t.
Asas kepada pembinaan ubudiah yang terakhir ialah beramal dengan pedoman yang terang lagi betul. Maksud nya di sini, kita perlu mengikuti ulama yang bertaqwa. Dan seperti mana yang kita ketahui, setiap ulama ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing atau dengan kata lain setiap ilmu itu ada tokoh-tokoh ulama yang pakar sama ada di kalangan imam-imam Mujtahid atau di kalangan Para Muhaqqiq. Maka kebenaran pendapat-pendapat dalam mana-mana masalah ilmu dan keagamaan perlula ditimbangkan dengan pendapat-pendapat dari tokoh-tokoh setiap ilmu sahaja kerana tidak semua tokoh yang pakar dalam pelbagai ilmu.
Dalam konteks ulama-ulama zaman ini yang kelihatan menyokong golongan ahli-ahli politik sekular di negeri kita, kalau la bukan kerana kejahilan mereka tentang kesesatan aliran-aliran falsafah dan fahaman-fahaman moden yang muncul di zaman ini sudah pasti mereka tidak akan bersekongkol dengan ahli-ahli politik sekular tersebut dan tidak akan membantu ahli-ahli politik itu yang membawa kerugian dan kemusnahan kepada kedaulatan dan kesucian agama. Maka paksi sebenar ikutan umat terhadap ulama ialah KEILMUAN, KEJUJURAN dan AMANAH mereka. Bukannya gelaran mahupun sebutan orang tentang dirinya.
Setelah ketiga-tiga asas ubudiah ni lengkap dalam diri kita...maka lahir la pendakwah yang betul-betul melaksanakan tugasnya sebagai penyeru manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dengan sempurna. Walau bagaimanapun, dalam kita memperbaiki diri kita supaya sempurna ketiga-tiga asas ubudiah ini, aspek dakwah jangan sesekali di tinggalkan sebaliknya biar lah ia (berdakwah + perbaiki diri) bergerak seiring. Aku amik satu daripada ayat al-Quran surah ali-I'mran ayat 142
![]() |
Jihad yang di maksudkan dalam ayat ini ialah berperang untuk menegakkan agama Islam dan melindungi orang Islam, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam dan membanteras yang batil dan menegakkan yang haq. Jadi jelas pada kita, dalam kita membanteras kebatilan dan menegakkan kebenaran, ia memerlukan dakwah. dalam kita memerangi hawa nafsu ia memerlukan tazkiyatun nafsi. Jadi jihad juga merangkumi konsep dakwah dan tazkiyatun nafsi.
Ayat al-Quran yang seterusnya bukti dakwah dan tazkiyatun nafsi itu perlu seiring dalam diri setiap hamba terutama insan-insan yang terpilih menjadi tentera-tentera Allah s.w.t. Di dalam surah as-Soff ayat 2-3
(2) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! |
(3)كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُون
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Maka, jelas la di sini, dakwah dan tazkiyatun nafsi perlu seiring. Contoh yang boleh aku bawak untuk menerangkan maksud ayat di atas ialah, kita melarang orang membuang sampah, tapi kita buang sampah juga lebih kurang macam tu la. Jadi, hakikatnya dalam kita berdakwah sebenarnya kita berdakwah kepada diri kita juga. Maka jangan la di sebabkan kita rase kita tidak sempurna asas-asas kepada pembinaan ubudiah tadi, kite lemah dan terus meninggalkan dakwah. Sesungguhnya orang yang meningalkan urusan dakwah atau jihad ni merupakan orang yang sangat rugi.~ nau'zubillah ~
sebelum mengakhiri kalam, suka untuk aku coretkan beberapa kata-kata nasihat yang terdapat dalam kitab ni...
" dan atas setiap orang yang mengikat dirinya denngan urusan menyeru manusia kepada Allah,maka hendaklah dia bersifat dengan KEJUJURAN dan IKHLAS dalam dakwahnya, lantas dia tidak mendambakan atau berpuas hati atau berasa lega selain dengan apa yang telah dicapai oleh agama. Hendaklah dia bersifat dengan LEMAH LEMBUT dan LUNAK terhadap mad'u terutama mareka-mereka yang menentang dakwahnya disebabkan kejahilan dan buruk sangka. Hendaklah dia bersifat dengan KESABARAN yang tinggi dan TIDAK GOPOH dalam setiap tindakannya agar tidak dapat merosakkan kemajuan dakwah yang dicapai dalam tempoh yang panjang disebabkan kemarahan yang meletus dalam seketika. Dan hendaklah dia bersifat dengan BIJAKSANA
pada apa yang perlu di dahulukan dan dikemudiankan dari satu-satu tindakannya, yang demikian ialah kerana orang yang cerdik bukanlah orang yang hanya dapat mengecam kebaikan dari keburukan, tetapi ialah orang yang dapat mengecam mana yang terbaik dari dua kebaikan dan sebaliknya.
moga segala yang tercatat di coretan kali ini, dapat aku amalkan dan seterusnya menjadi pedoman untuk aku dan mereka-mereka yang membacanya.
~ Ya Allah jadikan aku hamba-Mu yang solehah ~
p/s:
segala yang tercatat hanya la pandangan peribadi bersumberkan kitab الموعظة الحسنة للمرابطين في أمر الدعوة الى الله karangan al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail-Baitul Qura'-
No comments:
Post a Comment