Wednesday, June 22, 2011

Gunakan la saluran yang betul.....


bismillah walhamdulillah,

Ya Allah bantu la aku.....
sesungguhnya aku tak mengharapkan cinta manusia seandainya diri aku belum cukup utk mencintai-Mu ya Allah. andai ini ujian utk aku, aku bermohon ya Allah agar Kau memelihara hati dia supaya tidak terus di hancurkan oleh zina hati....

aku tau dia insan yang cukup baik ya Allah. tapi siapa la aku untuk menerima dia sedangkan aku tak sebaik dia dan aku masih tidak puas bercinta dengan-Mu ya Allah. kenapa ya Allah di saat aku malas nk berfikirkan soal hati, di saat tu Kau hadir kan ujian ini kepada aku. aku tak mampu ya Allah untuk terima semua ini di saat diri aku terikat dengan gerak kerja yang terlalu terbeban untuk aku. aku sekarang mula jatuh cinta dengan gerak kerja Kau ya Allah. walaupun aku tau aku akan beroleh keletihan dari gerak kerja itu tanpa ada ganjaran wang ringgit sedikit pun. tapi kenape di saat aku kesebukan di saat itu aku di uji ujian sebegini.

sejujur nya aku berharap ya Allah. seandainya dia betul-betul ingin menjadikan aku suri nya. sebaik nya gunakan la saluran yang betul. guna la orang tengah yang boleh aku percayai. jangan bertinda sendiri supaya keberkatan itu ada ya Allah. aku mengimpikan rumah tangga yg soleh solehah ya Allah. tapi andai asas kepada rumah tangga tu hilang keberkatannya, macam mana untuk aku bina dindingnya, bumbungnya malah menaranya sekalipun sekiranya asasnya tadi tidak kukuh.

tapi ya Allah.........................
jauh di sudut hati aku, aku belum bersedia ya Allah untuk menjadi suri kepada insan yang bernama lelaki. walau hakikatnya aku suka kepada anak-anak kecil, aku berkeinginan untuk bina rumah tangga tambah pulak dengan perancangan keluarga yg akan melaksanakan perkahwinan aku dalam beberapa tahun lagi, tapi sejujunya aku masih sayangkan perjuangan ini ya Allah. aku tak puas lagi berada dalam perjuangan ini ya Allah. walaupun umi abi da tetapkan ciri-ciri bakal suami aku iaitu salah satu nya seorang yang berintima dgn perjuangan Islam, dan di situ aku masih lagi boleh meneruskan perjuangan aku, tapi tugas seorang hamba Kau yang berada dalam perjuangan dengan tugas seorang hamba Kau yang berstatuskan isteri dan terlibat dalam perjuangan amat la jauh berbeza ya Allah. aku khuatir aku tidak mampu lagi ya Allah...

Ya Allah, aku berdoa kepada-Mu ya Allah.....andai ape yang berlaku kepada dia hanya la disebabkan permainan syaitan atau nafsu, maka kau bimbing la dia semula ke arah yg benar ya Allah. fikiran aku malas untuk berfikirkan hal yg melibatkan hati ini ya Allah tapi jauh di sudut hatiku aku takut. takut sekirannya aku membiarkan sahaja ia semakin melarat. aku tak tahu nk mntk bantuan sape ya Allah. maka aku bermohon kepada-Mu,jaga la hati dia supaya tidak terus-terusan mengikuti kehendak nafsu. sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, aku bermohon supaya Kau gerakan la hati dia untuk membawa orang tengah dalam hal ini ya Allah. aku mengharap ya Allah...sesungguhnya aku takut bile berada dalam situasi ini. aku bermohon kepada-Mu agar kuatkan aku dan istiqamahkan aku dalam perjuangan yang sedang aku tempuhi ini ya Allah. sesungguhnya amanah aku melebihi masa aku ya Allah.....

~siapa aku tanpa Kau ya Allah~

3 comments:

  1. erm..."lelaki yang baik utk perempuan yang baik...perempuan yg baik utk lelaki yg baik.." yakinlah nadh...^_^

    ReplyDelete
  2. sebb kami x baik lar...kami sengan nk amk lelaki baik ^_^ moge hang dpt yg terbaik...setimpal dgn ujian Allah dkt hang =)

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar..hanya mampu berdoa utk kebaikannye...

    ReplyDelete